Jumaat, 25 November 2011

Sepak Takraw dan globalisasi

Sejauh ini usaha-usaha ISTAF dalam mempromosi Sepak Takraw amat memberangsangkan. Pada tahun 2009, ISTAF telah berjaya untuk menyertakan Sepak Takraw sebagai sebuah acara permainan di Sukan Dunia anjuran International World Sport Association (IWSA). Dengan penyertaan Sepak Takraw dalam Sukan Dunia, harapan untuk ke Olimpik kembali menyala memandagkan IWSA turut bernaung di bawah IOC. Oleh itu, penyertaan Sepak Takraw dalam Sukan Dunia akan menjadi satu batu lonjatan bagai ISTAF untuk terus melestarikan Sepak Takraw di mata dunia. Tujuan utama Sukan Dunia ialah memberi peluang kepada permainan-permainan yang tidak layak menjadi acara yang pertandingan untuk mempromosi permainan-permainan mereka di peringkat antarabangsa.

Namun begitu, di samping usaha Sepak Takraw untuk dijadikan sebuah permainan yang popular, identiti Sepak takraw sebagai sebuah permainan tradisional juga dipertikaikan. Ini adalah kerana cara permainan Sepak Takraw kini sudah jauh tersimpang daripada cara permainan asalnya. Terdapat juga beberapa usul perubahan pada corak permainan sepak takraw yang telah menjejas keaslian Sepak Takraw seolah-olah permainan ini telah meniru corak permainan daripada sukan yang lain. Abdul Halim Kader, presiden Asian Sepak Takraw Federation (ASTAF), melahirkan rasa hanya dengan mempelbagaikan acara di dalam Sepak Takraw, ia akan lebih mudah untuk diterima lebih banyak negara sekaligus mencerahkan peluang kami untuk membawa sukan ini ke peringkat Olimpik. Kenyataan ini dibuat olehnya untuk merespon kepada tomahan dan gelaran daripada emel dan panggilan daripada warga Sepak Takraw Malaysia dan Singapura. Dia mengatakan bahawa idea untuk menjadikan Sepak Takraw menjadi sebuah permainan enam orang bukan satu idea gila. Malah, dia mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa ini adalah idea daripada Allahyarham Khir Johari, pemimpin nombor satu Sepak Takraw Malaysia. Idea ini dianggap gila oleh beberapa pihak kerana corak permainan ini sungguh mirip permainan bola tampar. Jika permainan Sepak Takraw ini bertukar wajah menjadi sebuah permainan yang mirip bola tampar, keunikan Sepak Takraw sebagai sebuah permainan sudah tercemar.

Keunikan Sepak Takraw juga dipertikaikan apabila ada usul untuk menukar nama sepak takraw kepada acrovolley. Usulan ini telah dicadangkan oleh presiden Federation of International Volleyball (FIVB), Dr Ruben Acosta, untuk meletakkan Sepak Takraw di bawah cabang ketiga bola tampar selain aksi dalam dewan dan pantai. Usulan ini terus dibantah oleh presiden ASTAF, Abdul Halim Kadir. Malah, ada beberapa usulan untuk menukarkan nama tekong kepada back. Menurut beliau, dengan menukarkan nama Sepak Takraw ini kepada bahasa Inggeris dan meletakkan Sepak Takraw di bawah naungan FIVB, ISTAF sudah hilang fungsinya untuk membangunkan dan memperjuangkan Sepak Takraw sebagai sebuah permainan tradisional Melayu.

Dalam proses untuk melestarikan Sepak Takraw, acara Sepak Takraw juga dipelbagaikan. Di antara usaha untuk mempelbagaikan acara ini ialah memperkenalkan Sepak Takraw Pantai. Acara Sepak Takraw Pantai ini diperkenalkan buat julung-julung kalinya di Bali pada 18-26 Oktober 2008. Pakaian untuk permainan Sepak Takraw ini juga dimodifikasikan untuk menyesuaikan keadaan bermain di pantai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan mempelbagaikan acara Sepak Takraw Pantai ini dapat menarik perhatian orang ramai dan sekaligus akan membuat permainan ini akan menjadi lebih popular di kalangan masyarakat muda. Walaupun demikian, terdapat beberapa perkara mengenai kepelbagaian Sepak Takraw ini boleh menimbulkan isu identiti. Ini adalah kerana acara Sepak Takraw Pantai dilihat sudah menyimpang daripada corak permainan Sepak Takraw yang asalnya. Namun begitu, kepelbagaian acara Sepak Takraw ini harus difahamkan dengan konteks yang betul. Walaupun terdapat beberapa pendapat bahawa pembangunan dan perkembangan Sepak Takraw sudah jadi mirip bola tampar, Sepak takraw masih lagi kekal unik. Ini adalah kerana permainan Sepak Takraw Pasir ini masih mengekalkan penggunaan bola Sepak Takraw MT903 dan MT902. Pada masa yang sama, permainan Sepak Takraw ini masih menggunakan pemain tiga orang dalam satu pasukan.

Pembangunan dan perubahan Sepak Takraw ini merupakan satu contoh peniruan konstruktif (constructive imitation). Constructive imitation merupakan satu perbuatan untuk meniru concept asing dan disesuaikan dengan keadaan diri sendiri dengan tujuan untuk memperbaiki situasi. Walaupun acara Sepak Takraw telah dipelbagaikan, ISTAF masih lagi mengekalkan substances permainan Sepak Takraw. Contohnya, di dalam acara Sepak Takraw Pantai, permainan ini masih mengekalkan peraturan yang sama seperti Sepak takraw yang biasa walaupun terdapat peraturan-peraturan yang ditambah seperti jumlah dan jenis pasir yang perlu disediakan, jenis pakaian yang sesuai dan setiap pasukan ada empat pemain bukan tiga.




Gambar di atas ini merupakan satu contoh di mana, permainan Sepak Takraw Pantai telah dijalankan. Walaupun terdapat perbezaan dari segi jumlah pemain pada sebuah pasukan, acara Sepak Takraw Pantai masih lagi mengekalkan ciri-ciri Sepak takraw yang asal. Memang tidak dapat dinafikan bahawa perubahan dan pembangunan Sepak Takraw banyak mengikut concept permainan bola tampar. Namun begitu, Sepak Takraw tetap kekal sebagai sebuah permainan yang unik dan amat berbeza dengan permainan boleh tampar. Terdapat beberapa ciri-ciri asal Sepak takraw harus dikekalkan demi mempertahankan identiti Sepak Takraw. Pertama, peraturan Sepak Takraw harus mengekalkan cara menimbang bola menggunakan kaki. Kedua, perlu ada usaha untuk mengekalkan nama permainan ini. Jika nama permainan ini telah dialihkan bahasa kepada bahasa Inggeris, intipati Sepak Takraw akan hilang. Ketiga, peraturan Sepak Takraw harus mengekalkan menggunakan bola sepak takraw. Keempat, nama-nama posisi seperti tekong, harus dikekalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan