Jumaat, 25 November 2011

Sejarah orang laut yang terpinggir

“Hassan baca buku sejarah tentang kedatangan Raffles di Singapura pada tahun 1819. Menurut catatan sejarah terdapat kira-kira lima ratus orang laut sahaja di bumi Singapura ni. Kebanyakannya lanun.”

(Dipetik daripada novel “Rawa: Tragedi Pulau Batu Puteh” oleh Isa Kamari)

Berhubungan dengan petikan di atas, bukan tujuan Isa Kamari untuk mengubah sejarah atau menulis sejarah alternatif mengikut citarasanya tetapi ingin mengetengahkan ada masalah dalam penulisan sejarah Singapura yang boleh menimbulkan salah tanggapan masyarakat umum terhadap orang laut. Di dalam wahana (discourse) mengenai pembukaan Singapura moden, orang laut seringkali digambarkan secara negatif dengan mengaitkan mereka dengan aktiviti lanun. Di dalam buku A History of modern Singapore, orang laut kadang-kalanya terlibat dalam perdagangan dengan kapal-kapal yang melalui perairan Singapura tetapi kadang-kalanya menunggu untuk merampas dan merompak kapal-kapal yang mengamali kesukaran untuk belayar dek peraliran yang cetek. Gambaran mengenai orang laut dihubungkaitkan dengan aktiviti lanun juga terdapat menerusi buku A History of Singapore di mana Saw Swee-hock telah mengatakan bahawa terdapat sekumpulan peribumi, orang laut yang sudah menetap di Singapura dan mereka merupakan nelayan dan lanun. Di dalam buku Anecdotal History of Singapore, orang laut digambarkan sebagai orang asli berasal daripada Johor yang dilahirkan, hidup dan matinya di dalam sampan dan sering ditinggalkan oleh kaum lelakinya kerana ekspedisi lanun. Malah, bukan orang laut dikaitkan dengan kegiatan lanun, peranan dan kehadiran orang laut di Singapura sebelum dan sesedah 1819 hampir-hampir lenyap dalam naratif sejarah rasmi Singapura.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan