Rabu, 10 Ogos 2011

Satu Bumi oleh Isa Kamari


Novel ‘Satu bumi’ merupakan novel pertama Encik Isa Kamari. Buku ini telah pun diterbitkan dalam bahasa Cina dan Inggeris. Novel ini mengisahkan cerita seorang perempuan Cina yang telah dibesarkan oleh keluarga melayu dan kemudian menganut agama Islam. Nama perempuan itu ialah Tan Siew Mei atau Aminah. Menurut novel ini, Minah merupakan nenek kepada pencerita. Aminah telah berkahwin dengan Malik, anak saudara kepada bapa angkatnya, Pak Durhakim. Ketika Aminah telah berkahwin dengan Malik, Jati anak kepada Pak Durhakim telah melarikan diri kerana merajuk. Ah Sin merupakan abang kepada Aminah.

Semasa perang dunia kedua, Ah Sin dan Malik telah berkecimpung dalam gerakan Bintang Tiga dalam menentang penjajah Jepun. Walaupun, perang dua kedua telah berakhir, mereka masih lagi menetang pihak British dengan menggunakan kekerasan. Jati pula dikhabarkan bahawa dia telah gugur semasa dalam pentempuran bersama-sama dengan askar melayu diraja menentang askar Jepun di Bukit Candu.

Novel ini mengisahkan banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa zaman selepas perang dunia kedua. Salah satu isu yang diketengahkan oleh penulis novel ini ialah perpisahan di antara Singapura dan Tanah Melayu yang dahulunya merupan satu bumi atau mempunyai satu akar. Sebenarnya, saya telah mengenalpasti bahawa isu yang diketengahkan dalam novel ini juga ada berhubung kait dengan novel Rawa ayng telah ditulis oleh penulis yang sama. Kedua-dua novel cuba mengetengahan satu sejarah alternatif yang mendukung kenyataan bahawa sejarah Singapura seharusnya dilihat sebagai sebahagian daripada alam Melayu. Namun begitu, novel Satu Bumi ini juga meneroka sejarah Singapura dari sudut orang Melayu. Kenapa orang Melayu tidak berhijrah ke Malaysia semasa perpisahan dahulu? Dan bagaimana UMNO di Singapura mula hilang kewibawaannya dalam memperjuangkan orang penakatan orang Melayu di Singapura. Pada masa yang sama novel ini juga mengupas isu penyesuaian diri. Contohnya, Aminah telah bekerja sebagai Samsui di Sungai Singapura. Pada sangkaan, Roslan telah kembali kepada asalnya. Namun begitu, Aminah tetap beragama Islam. Dia masih berbual mesra dengan kawan sekerjanya dengan berbahasa Cina tetapi dia tidak memakan daging atas alasan kesihatan.

Namun begitu, novel ini berakhir dengan sebuah tragedi. Keluarga Aminah telah terbunuh dalam rusuhan kaum pada tanggal 21 Julai 1964. Buku ini bagus dibaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan