Ahad, 24 Julai 2011

Muzikal Galuh Cendera Kirana



Pada tanggal 23 Julai 2011, Kelompok Sekolah-sekolah Kesusasteraan (KSSK) telah mengadakan sebuah muzikal. Muzikal ini berdasarkan cerita dari hikayat panji Semerang, iaitu 'Galuh Cendera Kirana'. Cerita ini ada berhubungkait dengan teks sastera peringkat 'O' iaitu Patung Kencana dari kuripan. Muzikal ini ringkas tetapi padat. Cerita ini memaparkan kisah Kirana yang menempuh kesedihan ke atas kematian ibunya, Permaisuri Daha. Permaisuri Daha telah diracuni oleh madunya, Paduka Liku. Oleh kerana mempunyai rasa simpati terhadap Galuh Censera Kirana, Raja Kuripan telah memberikan sebuah anak patung yang cantik menyerupakan manusia yang dibuat oleh anak lelakinya. Pementasan ini agak menarik walaupun jalan cerita ini tidak lengkap.

Namun begitu kesungguhan tenaga pengajar daripada KSSK untuk memupuk minat bahasa dan sastera Melayu amat memberangsangkan. Pada tahun lalu, KSSK telah mengadakan deklamasi sajak kreatif sempena dalam bulan bahasa. Kali ini kegiatan KSSK telah dirasmikan dan diiktirafkan sebagai salah satu kegiatan Bulan Bahasa 2011. Muzikal ini telah mendapat sokongan daripada Majlis Penggalakkan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC). Muzikal ini telah diadakan di Blackbox, Sekolah Menengah Yusof Ishak. Dalam melaksanakan muzikal ini, Sekolah menengah Yusof Ishak telah bekerjasama dengan CELIK, sebuah syarikat penggalakkan bahasa Melayu.




Muzikal ini adalah usaha gabungan empat sekolah iaitu Sekolah Menengah Yusof Ishak, Sekolah Menengah Jurongville, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang dan Sekolah Menengah Tanjong Katong. Muzikal ini diadakan di pentas Blackbox Sekolah Menengah Yusof Ishak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan