Jumaat, 22 April 2011

Gersang di sebalik keriangan


Penilaian terhadap kepemimpinan Dr Mahathir: Di antara Riya’ , Takbur, ikhlas dan perasaan takut

(a) Dr Mahathir sebagai pemimpin yang sensitif

Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang sensitif. Dengan sikap sensitif ini, Dr Mahathir sukar untuk membuat tindakan secara rasional dalam perlaksanaan dasar-dasarnya. Jika dikupas dengan teliti mengenai buku memoir terbarunya, “A Doctor in the House”, sebahagian besar daripada memori sosialnya merupa memori sosial merupakan. antara perkara-perkara yang dia masih ingat sehingga ke hari ini merupakan perkara yang tidak penting kepada pembaca. Namun begitu, ada sebab-sebabnya beliau anggap perkara-perkara yang pilih untuk ingat hingga ke hari amat penting. Perkara-perkara yang dia anggap penting ini sedikit sebanyak membentuk keperibadian beliau. Boleh dikatakan Dr Mahathir ini merupakan seorang yangg sensistif yang mudah terkesan dengan perkara yang berlaku disekelilingnya mahupun pengalaman yang dia hadapi kini. Di dalam memoirnya juga, Dr Mahathir telah menulis sebuah bab di mana dia menganggap Tun Abdul Razak sebagai pembimbingnya. Tun Abdul Razak sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran Dr Mahathir dalam cara untuk memajukan negara. Kematian Tun Abdul Razak telah membawa kesan terhadap Dr Mahathir. Apabila Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, dia mengambil peluang ini meneruskan dasar-dasar Tun Abdul Razak seperti memberi hak keistemewaan orang melayu.

(b) Perasaan takut yang mencengkam Dr Mahathir

Memandangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini telah gagal walaupun ia telah dilaksana hampir limapuluh tahun, sudah tiba masa pemerintah Malaysia untuk menyemak dasar-dasar yang ada dalam DEB dan melakukan apa yang patut untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara. DEB ini juga telah membuat pengaliran perlaubhan asing menurun kerana dasar ekonomi Malaysia yang berat sebelah terhadap orang melayu telah membuat daya saing ekonmi yang rendah dan keyakinan untuk melabur menipis. Persoalannya, haruskah Dasar Ekonomi Baru ini terus dilaksanakan walaupun ia telah terbukit gagal? Mengenai persoalan ini, sukar bagai pemerintah Malaysia untuk mengakui bahawa Dasar Ekonomi Baru ini telah gagal. Ini adalah kerana ia boleh menjejas imej parti yang memerintah.

Salah satu sebab kenapa hak istemewa orang Melayu terus dikekalkan ialah perasaan takut yang menghantui Dr Mahathir akan orang melayu kehilangan negaranya. Walaupun DEB sudah terbukti membawa kesan buruk terhadap ekonomi negara, beliau tetap mempertahakan hak istemewa orang Melayu selagi perasaan takut itu masih mencengkam minda beliau. Perasaan takut ini terbentuk daripada pengalaman hidupnya di mana dia melihat sendiri bagaimana orang Melayu hampir-hampir kehilangan negaranya kerana jumlah pendatang semakin ramai, pertubuhan Malayan Union dan yang lebih dahsyat lagi ialah peristiwa di mana Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura mahu memperjuangkan hak sama rata di Malaysia dengan slogannya ‘Malaysian Malaysia’. Oleh kerana ditakuti orang melayu akan kehilangan kuasa di Malaysia, Dr Mahathir seringkali mempergunakan keadaan Melayu Singapura sebagai contoh kuat bagaimana nasih orang Melayu di Malaysia akan mengalami nasih yang serupa jika UMNO kehilangan kuasa di Malaysia. Hingga ke hari ini, Dr Mahathir masih belum yakin kepada orang Melayu yang mereka boleh berdiri di atas kakinya sendiri, beliau tetap akan mempertahankan hak istemewa orang Melayu.

(c) Sikap takbur dan riya’ Dr Mahathir

Namun begitu, sikap sensitif juga ada-kalanya perwatakan ini menimbulkan banyak tanda tanya sama ada dia memajukan Malaysia dengan seikhlas hati atau sebaliknya. Oleh kerana banyak tindakan-tindakannya menunjukkan bahawa dia tidak ikhlas untuk memajukan negaranya. Salah satu sikap negatif yang ada dalam hati Dr Mahathir ialah sikap takburnya. Sikap takbur ini boleh dilihat menerusi tindakannya untuk mengkritik kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawie dengan mengatakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin Malaysia yang tidak tegas dengan pendiriannya terutama sekali dalam hubungan Malaysia dan Singapura. Perkara yang membuat Dr Mahathir marah terhadap tindakan Abdullah Ahmad Badawi ialah pembatalan untuk membina jembatan bengkok untuk koswe yang baru. Menerusi contoh ini, kita boleh lihat betapa tegasnya Dr Mahathir untuk memastikan pemodenan dan pembangunan di Malaysia harus diteruskan mengikut coraknya walaupun dia sudah bersara daripada politik. Walaupun niatnya selama dalam pemerintah ini ialah untuk membuktikan kepada dunia barat bahawa Malaysia boleh maju dibawah pemerintah orang Melayu, tindakannya untuk mengkritik penggantinya menunjukkan bahawa dia seorang yang riya’. Perasaan riya’ inimungkin tidak disedari oleh Dr Mahathir sendiri. Namun begitu tindakan ini cukup untuk membuktikan bahawa beliau rasa dirinya terlalu bagus dengan menetapkan standard yang amat tinggi sehinggakan pemimpin yang penggantikannya akan dianggap sebagai pemimpin yang telah gagal jika standard yang ditetapkan oleh Dr Mahathir tidak tercapai.

(d) Hati seorang pemimpin

Kegersangan di hati Dr Mahathir sampai kemuncaknya apabila dia mengumumkan perletakkan jawatannya serta-merta sebagai Presiden UMNO dan Perdan Menteri Malaysia. Tindakannya untuk meletak jawatan serta merta semasa dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2002, boleh membawa banyak interpretasi yang berbeza. Namun begitu, tidak mungkin Dr Mahathir sengaja menunjukkan kelemahannya sebagai pemimpin terhadap rakyat dengan menangis dikhalayak ramai setelah hampir dua dekad menjadi Perdana Menteri terutama sekali apabila Malaysia telah banyak mengecapi kemajuan. Kegersangan di dalam diri Dr Mahathir ini hanya timbul selagi dia berasa dirinya terlalu bagus dan beliau akan senantiaasa berasa sangsi bahawa Malaysia tidak akan terus maju tanpa bimbingan beliau. Disebalik menyambut keriangan di atas kemajuan yang telah tercapai selama ini, rasa kegersangan masih tersemat di hati seorang pemimpin nasionalis yang anggap diri masih gagal untuk mengubah nasib orang melayu. Kepujian Dr Mahathir terletak kepada jasa baik beliau untuk memodenan negara tetapi bukan untuk sikap peribadinya yang takbur. Kelemahan Dr Mahathir sebagai pemimpin ialah beliau membiarkan perasaannya mempengaruhi dasar-dasar pemerintahnya. Jika beliau dapat memisahkan emosi dan tugas kerjanya, nescaya dia akan mengendalikan dasar-dasar yang lebih prakmatik dalam memajukan bangasa Melayu.

(e) Kesimpulan

Sebagai akhirul kalam, Dr Mahathir tetap akan menjadi wira kepada orang Melayu walaupun terdapat banyak kegelinciran dalam melaksanaan dasar-dasarnya. Jasa Dr Mahathir akan senantiasa dikenang dalam buku sejarah Malaysia. Banyak kemajuan telah tercapai. Namun begitu, kita dapat lihat bagaimana perwatakan seorang pemimpin dapat mempengaruhi pembentukan sebuah negara. Dengan pengalaman hidupnya yang penuh pancaroba ini, Dr Mahathir senantiasa menganggap diri mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memajukan bangsa Melayu walaupun tanggungjawab ini turut dirasakan oleh nasionalis yang lain. Tanpa disedari ramai rakyat Singapura dan Malaysia telah menjadi mangsa keadaan semasa Dr Mahathir berkuasa. Hubungan dua hala di antara Malaysia dan Singapura seringkali menjadi masalah disebabkan perasaan takut akan Melayu kehilangan kuasa yang dihadapi oleh Dr Mahathir. Sehingga hari ini, setelah hampir dua dekad Dr Mahathir memerintah Malaysia, masih ramai orang Melayu terperangkap dengan ideologi UMNO sebagai “perlindung” orang Melayu di Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan