Isnin, 29 November 2010

Perempuan berkalong Sorban dan Ayat-ayat Cinta



Lelaki – nafsu seks atau tanggungjawab?

Di dalam bahagian saya akan mengupas isu mengenai poligami. Isu ini juga ada hnbung kait dengan surah An-Nisa. Surah An-Nisa, ayat 3:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”[1].

Surah An-nisa sebagai garis panduan untuk memupuk lelaki mithali jelas diselongkar dalam filem Ayat-ayat Cinta. Salah satu contoh sifat lelaki mithali yang mahu dipaparkan dalam filem ini ialah sikap adil dalam poligami. Pada zahirnya, sikap ketidakadilan dalam diri Fahri telah diakui olehnya sendiri apabila dia mengadu kepada sahabat karibnya bahawa dia sukar berlaku adil terhadap isteri-isterinya memandangkan isteri-isterinya mengharap layanan yang terbaik darinya. Walaupun hidup berpoligami yang dialami oleh Fahri tidak berpanjangan kerana isteri keduanya meninggal setelah mengalami pendarahan akibat kemalangan.

Isu poligami juga diketengahkan dalam perempuan berkalung Sorban. Masalah berpoligami dalam filem ini sangat ketara digambarkan dalam filem ini. Keborokan Samsudin sangat dahsyat sehinggakan dia memaksa isteri keduanya melakukan seks ketika dia sedang mengandung. Malah hubungan seks juga berlaku ketika isteri kedua masih berada dalam keadaan nifas beberapa hari selepas isteri keduanya melahirkan anak. Layanan yang tidak seimbang amat ketara di dalam watak Samsudin lebih menyayangi isteri keduanya dari Anissah. Walaupun kedua-dua filem menunjukkan perwatakkan suami yang berbeza, pengajaran yang mahu disampaikan ialah sama yaitu, keadilan harus ada dalam keluarga poligami agar hubungan kesajahteraan dapat dikecapi oleh ketiga-tiga pihak.

Gambaran lelaki selalunya dikaitkan dengan nafsu seks dan keganasan. Seperti apa yang kita lihat dalam watak Samsudin, lelaki selalunya digambarkan sebagai seorang yang mempunyai nafsu seks yang sangat kuat. Alasannya untuk mengahwini isteri kedua ialah dia tidak dapat layanan seks yang diingini oleh Anissah. Namun begitu, di dalam filem Ayat-ayat Cinta, Fahri digambarkan sebagai seorang yang tidak mempunyai nafsu yang kuat. Dia berpegang teguh kepada prinsip monogami. Namun begitu, pemikiran Fahri berubah apabila isterinya memohon kepadanay untuk menikahi Maria atas dasar-dasar perikemanusia.bukan atas dasar mahu melakukan hubungan seks yang berlebihan. Justeru, Fahri seharusnya menjadi contoh yang baik kepada golongan lelaki. Walaupun dia akui bahawa dia sukar melayan isteri-isterinya dengan adil, dia tertekad untuk berusaha. Sikap murni ini tidak ada di dalam diri Samsudin. Samsudin jelas mencermin perwatakan lelaki yang mempergunakan Surah An-Nisa untuk melepas nafsu seksnya tanpa mengira syarat yang dikenakan ke atasnya, iaitu, melayan sama rata terhadapa isteri-isterinya.



[1] Fakhry, Majid. An interpretation of the Qur’an: English translation of the meanings: a bilingual edition. New York: New York University Press, 2004. p.176 – Surah An Nisa, 4:3, abridged

Tiada ulasan:

Catat Ulasan