Jumaat, 22 Oktober 2010

Raja Bersiong

Pada tanggal 23 Okotber 2010, saya telah Sekolah Menengah Yusof Ishak untuk menyaksikan pementasan Raja Bersiong. pementasan ini diadakan di Pentas kotak hitam (Black Box theatre). Penulis skrip untuk drama ini laha Encik Yazid bin Hussen dan Cik Norlila Abdul Ghani. Cerita rRaja Bersion mengisahkan seorang raja telah ketagih untuk memakan kari bayam dengan darah manusia. Dia telah banyak membunuh orang untuk mendapatkan darah itu sehinggakan giginya tumbuh siong.

Pada pandapat saya, pementasan ini sungguh baik. Para pelakonnya terdiri dariapda pelajar sastera dan bukan sastera. Mereka dapat melakonkan pementasan mereak dengan baik dan energetik. Namun begitu, terdapat juga kelemahan-kelemahan di dalam pementasan ini. Pakaian dan budaya yang dipaparkan di dalam pementasan ini terlalu kemelayuan. Ini menggambarkan seolah-olah mereka tinggal pada zaman kesultanan Melaka. Budaya di dalam pementasan ini seharusnya mempamerkan budaya Siam atau Thailand. Asal cerita ini diangkat dari Hikayat Merong Mahawangsa. Walaupun cerita-cerita dalam Hikayat Merong Mahawangsa itu memaparkan sejarah mintos sebelum kedatangan Islam, ia boleh membuat kita rasa bangga.

Pada tahun 1968, raja bersiong ini telah dijadikan filem. Filem ini diarah oleh Jamil Sulong atas nasihat Tunku Abdul Rahamn, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Walaupun teleh membelanjakan RM75,000, filem ini gagal untuk menarik ramai penonton di pawagam.


Saya berharap sekolah Menengah Yusof Ishak dapat mengadakan pementasan ini pada tahun hadapan.

1 ulasan:

  1. Bagaimana jika saya nak hubungi penulis skrip ini ya?

    BalasPadam