Ahad, 4 Julai 2010

Istana Kampung Gelam: Nilai-nilai budaya dan sejarah yang hilang

Pada bulan Jun yang lalu, Taman Warisan Melayu (TWM) telah menyambut ulang tahu yang kelima. Namun begitu, masa depan Taman Warisan Melayu ini telah menjadi tanda tanya sejak ia mula mendapat pembiayaan daripada Lembaga Warisan Negara (NHB). Ramai pemerhati mula bertanya adakah dasar-dasar jawatankuasa taman Warisan Melayu akan terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh NHB. Malah ada di kalangan orang Melayu berasa Taman Warisan Melayu ini akan menghadapi nasib yang dengan Kampung Melayu Geylang Serai. Namun, Encik Zainul Abidin Rasheed telah memberi jaminan bahawa Taman Warisan Melayu ini akan tetap menjadi hak milik orang Melayu. Mengapakah Taman Warisan Melayu menjadi malap dan tidak bermaya? Adakah Taman Warisan Melayu sudah lagi tidak relevan lagi? Ayuh kita menganalisakan faktor-faktornya


1) Hilangnya nilai-nilai sejarah

Anak muda zaman sekarang menganggap Taman Warisan Melayu (TWM) yang ada sekarang ini sebagai bangunan moden. Malah ada yang mula lupa bahawa TWM merupakan bangunan bersejarah. Sebelum Istana Kampung Glam ini dibaik pulih, banyak kerja-kerja menggalian diadakan di perkarangan istana itu dan pengkaji purba telah menemuni banyak khazanah lama. Salah satu daripadanya ialah senapang yang digunakan oleh regimen askar Melayu ketika perang dunia kedua. Malah, banyak sepihan-sepihan bingkai dan duit syiling lama dijumpai. Kemudian artefak ini dipamerkan di dalam museum. Namun, istana kampung Glam ini sebenarnya tidak pernah berfungsi. Kedaulatan “Sultan Singapura” sebenarnya bergantung kepada Raffles. Apabila Raffles sudah tidak ada lagi, “Sultan Singapura” tidak lagi berfungsi lagi. Malah, Britis tidak melantik “Sultan Singapura” yang baru apabila Sultan Hussein mangkat di Melaka. Oleh itu, apabila Istana Kampung Glam itu akan dijadikan muzium, ramai orang tidak ambil perhatian. Ini adalah kerana istana itu tidak lagi relevan.


Pemuda ini merupakan keturunan Sultan Hussein yang keenam. Beliau sedang menunujukkan gambar Istana Kampung Glam. Beliau mengatakan bahawa banyak aktiviti Melayu di Istana tersebut sebelum ia dijadikan Taman Warisan melayu pada tahun 2005 termasuk pertandingan sepak takraw. Namun ramai di antara masyarakat Melayu yang tidak tahu mengenai sejarah ini. Malah, beliau berasa marah dengan British yang didakwanya telah menghapuskan kerajaan Sultan Hussein secara baik dengan menukil beberapa ayat daripada buku "Prince of Pirates" ditulis oleh Professor Trocki dari University Teknologi Queenslands. (Gambar diambil semasa pelancaran buku "Gedung Kuning: Memories of Malay Childhood")


2) Kedaulatan Istana kampung Glam tidak diiktirafkan

Tuhfat Al-Nafis ditulis dengan tujuan untuk memperjelaskan kedudukan orang-orang Bugis dan sejarah kerajaan negeri Johor. Di dalam Tuhfat Al-Nafis, Tengku Hussein telah ditabalkan sebagai Sultan. Namun begitu, perincian mengenai kerajaan Sultan Hussein tidak begitu menonjol di dalam hikayat tersebut. Pergolakkan politik dan sejarah Kerajaan Johor Riau Lingga masih tertumpu di kepulauan Riau. Malah, kuasa politik masih lagi bearda di tampuk kepemimpinan keturunan Temenggong. Segala surat-menyurat rasmi di antara sanak saudara di Singapura diurus di Telok Blangah sehingga Temenggong Ibrahim yang mengganti ayahandanya berpindah tempat di Tanjong Putri (kini Johor Bahru) untuk membuat kerajaan Johor yang baru. Kedaulatan Sultan Hussin yang bertakhta di kampung Glam tidak diberi banyak tumpuan dalam Tuhfat Al-Nafis. Sebenarnya, kerajaan Sultan Hussein di Singapura telah mula terdedah dengan penulisan dan pencetakkan yang moden. Sultan Hussein tidak melantik sesiapa untuk merakamkan sejarah kerajaannya.


Di dalam Hikayat Abdullah Munsyi, kerajaan Sultan di Singapura digambarkan secara negatif. Menurut Hikayat Abdullah, Sultan Hussein seorang pemimpin yang lemah. Malah, kerajaan kepemimpin Sultan Hussein selalu dikutuk. Abdullah membuat kritikan terhadap nilai-nilai feudalisme apabila Sultan Hussein bersuara kepada Tuan Raffles bahawa duit yang diberikan kepadanya tidak mencukupi dan baginda tidak berkecimpung dalam perniagaan. Sebenarnya kerajaan Sultan Hussein tidak pernah diiktirafkan oleh mana-mana hikayat lama. Oleh itu, Istana kampung Glam di Singapura tidak ada kedaulatannya.


3) Memahami aktiviti Taman Warisan Melayu yang belih bersifat komersial

Walaupun Taman Warisan Melayu (TWM) merupakan sebuah institusi untuk mendidik orang awam, ia masih bersifat komersial. Pernahkah anda terfikir, mengapakah Muzium di TWM bersifat komersial jika dibandingkan dengan muzium-muzium yang lain? Ini adalah kerana TWM tidak mendapat sokongan yang penuh daripada Lembaga Warisan Negara (NHB) dari segi kewangan. Mengikut perangkaan, NHM akan memberi sokongan kewangan untuk tiga tahun pertama sahaja. Selapas itu, TWM harus mencara dana sendiri untuk menampong kos pembiayaan. Oleh itu aktiviti-aktiviti di TWM lebih kepada bersifat komersial sedangkan peranan yayasan ini sememangnya harus bertujuan untuk mendidik. Oleh kerana kos pembiayaan terlalu mahal, harga unutk menyewa dewan juga dikenekan bayaran yang tinggi. Ramai orang telah memberi pendapat bahawa TWM bersifat terlalu komersial jika dibandingkan dengan muzium yang lain seperti muzium negara, muzium kesenian dan muzium tamadun Asia. Malangnya, masih ramai juga orang melayu tidak faham bahawa TWM harus bersifat komersial untuk menampung kos pembiayaannya kerana TMW tidak mendapat mendapat sokongan yang penuh oleh NHB. Sangat diharapkan dengan sokongan dana daripada NHB, TWM tidak lagi bersifat komersial.


4) Sikap orang Melayu yang tidak menyokong Taman Warisan Melayu

Masyarakat orang Melayu di Singapura bukan masyarakat yang kaya. Namum, orang Melayu juga suka memilih. Harga sewa dewan di TWM juga agak tinggi. Bukan sahaja di TWM, restoran Tepak Sireh juga mengenakan bayaran yang mahal untuk makanan yang disediakan. Bukan niat saya untuk mengutuk restoran Tepak Sireh. Ramai di antara kita lebih suka memakan di restoran-restoran yang mewah tetapi mereka tidak suka memakan di restoran Tepak Sireh. Masyarakat Melayu menganggap bahawa makan di restoran Tepak Sireh terlalu mahal tetapi mereka sanggup makan di Seoul Garden. Padahal kos pemakanan di Seoul garden dan Tepak Sireh tidak jauh berbeza. Dewan di TWM juga mengalami nasib yang sama. Sewa dewan istana itu lebih kurang sama harga dengan dewan di kelab masyarakat.. Namun, mayarakat Melayu masih berpendapat bahawa sewa dewan di TWM agak mahal. Aktiviti-aktiviti di TMW juga kurang mendapat sokongan daripada masyarakat melayu. Malah, masih ramai lagi masyarakat kita yang masih tidak tahu bahawa TWM telah banyak menganjurkan aktiviti warisan melayu.


Kesimpulan

Ramai orang yang tidak tahu sejarah Kampung Glam. Malah, sejarah kampung Glam tidak pernah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu. Ini disebabkan gambaran yang negatif terhadap nialai-nilai feudalisme yang ditampilkan oleh Sultan Hussein melalui Hikayat Abdullah. Oleh kerana, perjanjian di antara Sultan Hussein dan Tuan Raffles dianggap mengaibkan menurut Hikayat Abdullah, ramai di antara masyarakat Melayu tidak mahu perkara ini diingatkan lagi. Malah, sejarah perjanjian ini seringkali dikutuk kerana ia menunjukkan kelemahan raja Melayu pada ketika itu. Ini sungguh berbeza dengan masyarakat di Riau. Pulau Penyengat menjadi kebanggaan orang Melayu yang tinggal di sana. Ini adalah kerana Pulau Penyengat telah dirakamkan sebagai sebuah tempat bersejarah yang boleh dibanggakan. Malah nilai-nilai sejerah di Pulau Penyengat masih kekal. Sehingga hari ini masih lagi orang Melayu yang melawat ke Pulau Penyengat untuk belajar bersyair dan berguridam. Ada juga yang datang ke sana untuk mengkaji khazanah-khazanah termasuk manuskrip yang belum dikaji atau diterjemahkan dalam tulisan rumi. Tetapi sayangnya, Istana Kampung Gelam tidak ada tradisi yang sebegini.




"Perbezaan di antara Pulau Penyengat dan Kampung Glam ialah nilai-nilai sejarahnya. Kampung Glam sudah hilang nilai-nilai sejarahnya tetapi Pulau Penyengat masih dapat mengekalnya. Namun Pulau Penyengat ada sejarah sasteranya seperti Tuhfat Al-Nafis yang dikarang oleh Raja Ali Haji. Mungkin Kampung Glam juga ada sejarah sasteranya yang dikarang oleh Abdullah bin Abdul Kader Munsyi menerusi Syair Kampung Glam terbakar dan syair Singapura terbakar. Namun begitu, penulisan Abdullah Munsyi agak berat sebelah dan senantiasa menggambarkan Sultan Hussein sebagai seorang pemimpin yang lemah dan tidak boleh dibanggakan,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan