Rabu, 2 Jun 2010

Hikayat Hang Tuah

Dipercayai tempat Hang Jebat disemadikan

Drama "Matinya seorang pahlawan" karya Usman Awang merupakan salah satu teks sastera di dalam modul MS2211-Sastera Melayu Moden. Drama ini mempersoalkan Hang Tuah sebagai wira Melayu dengan prinsipnya taat setia tiada berbelah bagi. Selain daripada itu, analisis mengenai hikayat Hang Tuah juga dilakukan menerusi kajian filem "Hang Tuah" oleh Shaw Brothers (1956) and "Hang Jebat" oleh Cahthay Keris (1961). Yang turut menjadi teks bacaan ialah Isra' oleh Fatimah Busu.




Video ini merupakan sedutan daripada filem Hang Tuah. Filem ini merupakan filem melayu pertama yang mempunyai warna. Filem ini diterbitkan pada tahun 1956 oleh Shaw Brothers. Pengarah ceritanya Sheppard, telah menambah satu sub-plot mengenai kisah cerita cinta Melur (orang Sakai) dan Hang Tuah. P.Ramlee berlakon sebagai Hang Tuah manakala Ahmad Mahmud berlakon sebagai Hang Jebat dan Satyo Baharom (Saadiah) sebagai Melur.

Filem ini juga dibandingkan dengan filem Hang Jebat. Pengarah filem ini ialah Husain Haniff dan ia diterbitkan oleh Cathay Keris Film. Nordin Ahmad berlakon sebagai Hang Jebat sementara M. Amin berlakon sebagai Hang Tuah dan Latifah Omar sebagai Dang Baru. Plot filem ini memberi tumpuan kepada pertarungan di antara Hang Jebat dan Hang Tuah di dalam istana manakala filem Hang Tuah menceritakan Hang Tuah dan sahabat karibnya Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi dari kecil sehingga Hang Tuah ditabalkan sebagai Laksamana. Filem Hang Tuah lebih banyak memberikan informasi dan filem ini diubahsuai daripada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Berikut adalah sedutan daripada filem Hang Tuah dan Hang Jebat yang kedua-duanya menunjukkan pertarungan Hang Tuah dan hang Jebat:

Filem Hang Tuah



Filem Hang Jebat



Analisis perwatakan hang Tuah dan hang Jebat

HANG TUAH

Falsafah

“Tidak akan Melayu menderhaka kepada rajanya”

Analisa

  • Boleh dianggap wira orang Melayu
  • Sebagai hamba kepada raja yang terlalu taat setia kepada titah raja

Mempermasalahkan falsafah

  • Wajar? Hang Tuah wajar unutk membunuh Hang Jebat atas dasar-dasar unutk mengembalikan keamanan negeri Melaka.
  • Selain daripada itu, sikap menderhaka itu sama sekali tidak seharusnya dijadikan satu nilai yang harus disemai dalam diri anak-anak.
  • Tindakkan hang Tuah itu atas dasar-dasar unutk menjaga dan menegakkan adat istiadat raja Melayu (kedaulatan)
  • Derhaka itu tetap dianggap satu nalai yang negatif di mata masayarakat. Walaupun niat Hang Jebat itu baik tetpai caranya salah iaitu menggunakan kekerasan yang menyebabkan pembunuhan orang yang tidak berdosa.
  • Namun begitu, pendirian dan pemikiran hang Tuah boleh diperbahaskan
  • Memang taat setia itu satu nilai yang positif tetapi taat setia itu haruslah diikutti dengan akal budi bukan hanya mengikut peraturan semata-mata
  • Taat setia harus diikuti dengan akal fikiran agar nilai-nilai kemanusian akan senantiasa terjaga.
  • Taat setia kepada raja secara membuta tuli amat merbahaya
  • Keadilan dan kesaksamaan sesebuah kerajaan tidak dapat dinikmati oleh rakyat biasa
  • Sekaligus menggalakkan lagi budaya firnah-memfitnah di dalam kerajaan melaka
  • Contohnya: Hang Tuah telah dititah oleh raja untuk membunuh Hang Jebat penderhaka walaupun dia tahu bahawa di sikap menderhaka itu dilakukan oleh Hang Jebat untuk membalas tindakkan raja yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa
  • Sultan Mahmud: juga telah mengaku bahawa dia telah membuat kesilapan dengan menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa.
  • Di dalam hal ini: Datuk bendahara merupakan orang yang bijak dalam menangani masalah ini. Dia tahu yang hang Tuah difitnah dan dia menyembunyikan Hang Tuah di hulu melaka.
  • Namun, Datuk Bendahara juga tidak bersikap jujur dalam melaksanakan tugasnya dan sanggup melanggar titah raja unutk menghukum Hang Tuah dibunuh.

HANG JEBAT

Falsafah

“Buat baik berpada-pada, jika jahat jahat sekali”

“Raja adil raja disembah, raja adil raja disanggah”

Analisa

  • Boleh dianggap wira orang melayu
  • Membela keadilan dalam kerajaan melaka

Mempermasalahkan falsafah

  • Wajar? Hang Jebat wajar untuk melakukan satu perubahan dalam pemikiran orang melaka pada zaman itu
  • Tindakkannya untuk menderhaka kepada raja itu merupakan satu percubaan untk menyedari raja bahawa dia telah membuat satu kesilapan dengan menghukum rakayat biasa tanpa usul periksa.
  • Hang Jebat tergamak berbuat demikian kerana dia amat marah dengan hukuman bunuh terhadap sahabatnya Hang Tuah yang tidak bersalah
  • Mungkin mustahil unutk menegakkan keadilan dengan menggunakan cara yang lembut dalam keadaan sistem politik Melaka di raja.
  • Oleh itu, tidak ada pilihan lain dengan menderhaka kepada raja
  • Pendirian hang Jebat lebih matang dengan mengatakan bahawa taat setia haruslah berpada-pada. Tidak seharusnya menyembah raja batu, menteri kayu seperti di Melaka ini
  • Walaupun niat Hang Jebat itu baik, caranya salah
  • Ini adalah kerana Hang Jebat menggunakan kekerasan untuk membela keadilan seorang rakan
  • Tindakkan merampas kuasa itu adalah satu perkara yang keji
  • Hang Jebat menghalalkan tindakkannya untuk menderhaka untuk membela keadilan sedangkan perbuatannya untuk menderhaka itu merupaka perkara yang tidak elok dilakukan
  • Menderhaka mengikut emosi: Hang Jebat terlalu mengikut emosi dalam menangani masalah ini. Dia hanya menderhaka kerana dia terlalu dekat dengan kes fitnah terhadap Hang Tuah.
  • Banyak pembesar-pembesar melak yang difitnah tetapi dia tidak peduli
  • Hang jebat juga telah mula hilang kawalan dan lupa diri apabila dia telah merampas kuasa
  • Membunuh banyak orang apbila dia sedang mengamuk apabila ditikam Hang Jebat.
  • Mempergunakan dayang-dayang unuk kesenangan mereka. Dayang-dayang ini tidak diberi kebebasan



1 ulasan:

  1. adakah kamu tahu..mengapa nama 'Hang' ada pada awal nama 5 sahabat itu...dan apa makna 'Hang'itu?

    BalasPadam