Khamis, 24 Jun 2010

Darmawisata ke Padang, Indonesia

Pada 15 hingga 19 Februari 2010, sekumpulan siswa pengajian Melayu dari NUS telah diberi peluang untuk mengikuti program darmawisata ke Padang, Sumatra Barat. Program selama lima hari ini telah memberi para siswa pendedahan mengenai budaya dan sejarah klasik minangkabau. Sepanjang lawatan lima hari ke Padang, kami telah melawat ke tempat-tempat sejarah yang tercatit di dalam teks klasik Tamboo Minang. Lawatan ini sejajar dengan objektif modul MS3211 Sastera Melayu Klasik yang meneroka dan mengkaji sastera Melayu klasik luar daripada sempadan bilik darjah. Buku rujukkan kami dalam mengkaji sastera Minang ialah Tamboo Minang: suntingan teks disertai analisis struktur oleh Edwar Djamiris.

Pada hari kedua, kami menyertai seminar antarabangsa "Kesusastraan Melayu Lintas Media" yang dianjurkan Universitas Andalas. Pembentang makalah dari NUS ialah Saudari Irmasusanti, Associate Professor Dr Jan dan Saudari Rozana. Pada malam itu, para siswa daripada Universiti Kebangsaan Signapura dan Universitas Andalas mempunyai pertukaran budaya di tempat penginapan kami di Wisma Kemala di Jalan Jeneral Sudirman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan