Ahad, 20 Jun 2010

Awallah Dondang 2010


Awallah Dondang ini 2010 inimereupakan pementasan dwitahunan yang keempat semenjak tahun 2004. pada tahun ini pementasan ini membawa tema kisah percintaan di antara dua darjat yang ditentang hebat oleh ibu bapa mereka yang diakhiri dengan tragedi. Secara keseluruhannya, pementasan ini agak baik dan ia menunujukkan bahas banyak usaha dan persiapan telah dilakukan oleh jawatankuasa projek pementasan ini.

'Fajar Menyinsing' telah dijadikan judul pementasan ini. Tajuk ini cukup memberi makna yang tersirat yang harus dikupas oleh penonton dan pemerhati drama setempat. Apabila fajar sedang menyinsing langit yang cerah akan menjadi jingga dan akhirnya siang bertukar malam dan ini sekaligus melambangkan bahawa masa depan akan menjadi bertukar menjadi gelap. Konsep 'fajar menyinsing ' ini telah dikaitkan dan dilukiskan melalui babak-babak cemas di mana Imran telah dibunuh oleh abang kepada Aaliyah, kekasih Imran.

Dari segi lakonan, pementasan ini menunujukkan kematangan para pelakon. Bibik Jum yang dilakonkan oleh Nazerah bte Mohd Latif amat hidup sampaikan saya sangkakan watak Bibik Jum ini dilakonkan oleh amah Indonesia. Bahasanya tidak sedikit lari daripada loghat bahasa Indonesia. Pada keseluruahannya, pementasan ini telah berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu baku walaupun ada sedikit kejanggalan.

Dari segi latar, pementasan ini telah berjaya menggunakan tempat (space) dengan baik. Walaupunpun pentas itu amat kecil dan sempit, mereka dapat mereka pentas itu bersesuaian dengan latar tempat mereka berlakon. Di kiri dan kanan pentas itu statik. Di sebelah kanan pentas menghadap penonton merupakan rumah Aaliyah sekeluarga yang dihias cantik mencerminkan kekayaan keluarga itu. Di sebalah kiri pentas pula merupakan rumah Imran sekeluarga yang agak buruk menunjukkan status keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi yang rendah. Di tengah-tengah pentas pula dinamik. Reka bentuk pentas itu boleh diubah-ubah menjadi sebuah taman, pondok dan puncak gunung Ledang. Namun, lakonan pementasan ini tidak terbatas kepada pentas sahaja. pelakon juga mengunakan tangga di tempat penonton untuk berlakon mendaki gunung Ledang.

Namun begitu, cara mengakhiri cerita ini sungguh anti-klimak. Pengarah telah mematikan cerita ini dengan kematian pelakon utamanya dengan cara mendadak. Dalam cerita ini, Imran telah dibunuh oleh Aidil. Secara keseluruhannya jalan cerita agak kompleks penuh dengan kejutan, suspens dan konflik.

Pada keseluruhannya, pementasan ini baik dan menghiburkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan